KARAokay Rendang Ayam
Resipi #KARAokay Krim Kelapa Kara - Rendang
Raya tak Raya tanpa rendang. Ceriakan persiapan juadah raya anda bersama lagu resipi kami. Dengan Kara, semuanya Kara-okay!
Biasanya dimasak dengan daging atau ayam. Sesuai dihidangkan dengan lemang, nasi, pulut kuning, ketupat palas, ketupat nasi, roti atau di makan begitu sahaja.
Bahan-bahan kisar:
1-7 ulas bawang putih
1 1⁄2 biji bawang besar
Sebesar ibu jari halia
1⁄2 sudu besar sebuk kunyit
3 batang serai
15 – 18 tangkai cili kering
Sedikit air
Bahan-bahan lain:
1kg Ayam
250ml Kara Santan
1⁄2 cawan air
1 sudu besar gula melaka
1⁄2 sudu besar gula putih
1 1⁄2 sudu garam
2 keping asam keping
200g kerisik
3 helai daun kunyit
1. Kisarkan bahan-bahan kisar.
2. Kemudian masukkan semuanya ke dalam kuali.
3. Masukkan ayam yang telah dicuci.
4. Campurkan serai yang ditumbuk sedikit dan gaul rata.
5. Tuangkan Kara Santan.
6. Masukkan gula melaka, gula putih dan garam. Gaul dan biarkan mendidih.
7. Masukkan kerisik untuk pekatkan kuah.
Jumlah Hidang: 10 orang
Masa Memasak: 45 minit